PETALING JAYA – Penduduk kampung gempar apabila seekor lembu korban yang disembelih sempena sambutan Aidiladha semalam dipercayai sedang bunting ketika proses melapah dilakukan.
Menerusi video yang dimuat naik pengguna Threads, Fadzly Fuad, sebaik sahaja perut lembu itu dibelah untuk tujuan melapah, penduduk terkejut apabila menemui seekor anak lembu yang masih berada dalam kandungan.
“Asbab yakin lembunya jantan,” tulis Fadzly di ruangan kapsyen.
Insiden itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan ada yang bertanya di ruangan komen sama ada ibadah korban tersebut sah atau tidak.
“Sedihnya, setiap kali raya korban mesti banyak kes macam ini. Tahun lepas pun ada dekat tempat saya. Kariah ingat beli jantan, tapi dah selamat potong baru nampak janin. Allahuakbar, memang tak ambil daging tahun lepas,” kongsi Intanazila Danish.
“Masa beli lembu ini, tuan dia tak cek? Biar betul tak tahu lembu kau sendiri, kau yang jaga? Biar betul tak tahu lembu kau bunting? Dah gelap mata sangat ke dapat duit sampai benda macam ini ambil remeh?,” soal Hanis Azhar.
“Maaf nak tanya, kalau kes macam ini semua kena tanam dan tak boleh makan kan? saya tak tahu, serious tak tipu,” soal pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE
View on Threads