SEJAK melancarkan jenama tudung sendiri, adik-adik perempuan Fattah Amin mula menjadi perhatian dan bahan bualan ramai.
Baru-baru ini, dua adik perempuannya dikenali sebagai Angah dan Anje membuatkan ramai tidak berganjak dari terus menonton siaran langsung mereka menjual tudung jenama Ibu Azizah yang diinspirasi daripada nama ibu mereka.
Kata netizen, kesopanan dan sikap pemalu Angah serta Anje ketika membantu Fattah berniaga adakalanya menghiburkan hati.
“Malu-malu Anje jual tudung, sudahlah muka macam anak buah, Fatima. Comel.
“Tengok mereka adik-beradik sopan jual tudung, kami netizen pun terikut jadi sopan.
“Bukan Fattah sahaja, ibu dan adik-adik pun turut mendunia ketika ini. Semua cakap lemah-lembut, tenang saja tengok siaran langsung,” komen netizen.