fbpx

Penduduk Pulau Perhentian bawa lembu korban guna bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seekor lembu bagi ibadah korban yang tiban dengan bot di Jeti Kampung Pulau Perhentian Kecil, Besut hari ini.

BESUT – Biarpun terpisah dengan Laut China Selatan, penduduk Kampung Pulau Perhentian dekat sini tetap bersemangat menunaikan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha, esok.

Mereka membawa enam ekor lembu dari Jeti Kampung Air Tawar, di sini ke pulau peranginan terkenal terbabit
menggunakan bot kargo, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pulau Perhentian, Nik Zawawi Mohd. Nor berkata, perjalanan membawa lembu korban menggunakan jalan laut berkenaan sejauh kira-kira 34 kilometer.

“Sebelum ini, penduduk Kampung Pulau Perhentian yang berniat melaksanakan ibadah korban perlu melakukannya di tanah besar.

“Begitupun kita mengambil inisiatif membawa masuk lembu agar ibadah korban boleh dilakukan terus di perkampungan kami sejak 10 tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Jeti Kampung Air Tawar di sini hari ini.

Nik Zawawi berkata, kekangan pengangkutan tersebut menyebabkan kos seekor lembu bagi ibadah korban di Pulau Perhentian sedikit mahal berbanding tempat lain mencecah RM200.

“Pengendali bot juga mengehadkan maksimum tujuh ekor lembu sahaja boleh dibawa untuk ibadah korban ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI