fbpx

[VIDEO] Gajah betina lilit bunga, para isteri yang ‘blushing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seekor gajah yang menghadiahkan bunga kepada pasangannya.

PETALING JAYA – Tindakan romantis seekor gajah yang menghadiahkan bunga kepada pasangannya membuatkan orang ramai iri hati.

Menerusi perkongsian video daripada seorang wanita @Eyybuunoya, memaparkan seekor gajah betina melilit sejambak bunga menggunakan belalainya sebelum diberikan kepada gajah jantan.

Biarpun perbuatan itu melibatkan gajah betina memujuk jantan, namun ramai wanita berseloroh untuk menghantar klip berkenaan kepada teman lelaki atau suami mereka.

“Boleh send (hantar) dekat suamiku,” kata seorang pengguna.

“Gajah pun sweet (romantis) bagi daun dekat partner (pasangan),” ujar @Aishiteru.

“Begini hakikat apabila sudah berkahwin, memang bini yang selalu kena pujuk suami,” balas @NII. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI