fbpx

Nenek gayut pada rasuk kayu rumah kerana takut ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANKONG berpaut pada rasuk kayu rumahnya. - Foto Facebook/Man Termsak

BANGKOK – Seorang nenek berusia 80 tahun berpaut pada rasuk kayu rumahnya kerana takut ular di daerah Selaphum. Thailand, lapor portal berita MSNews hari ini.

Menurut portal berita Workpoint News, satu rakaman video di Facebook memaparkan nenek tua itu berpaut pada rasuk kayu tersebut.

Wanita tua itu, Kankong berkata bahawa dia panik apabila melihat ular itu, menyebabkannya melompat dan berpaut pada rasuk itu.

Kankong mendakwa dia tidak tahu sumber kekuatannya melompat pada rasuk itu dan kemungkinan berpunca daripada ketakutannya.

Kelmarin, jirannya, Man Termsak, 26, memuat naik video di Facebook yang memaparkan dia cuba menangkap seekor ular tidak berbisa tersebut.

Susulan hantaran itu, ramai netizen terkejut dengan kekuatan wanita warga emas tersebut.

Seorang netizen berkata, dia berpaut pada rasuk itu seolah-olah dia lupa tentang umurnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI