fbpx
Sebahagian pelancong yang memenuhi Pulau Perhentian, Besut semalam.

Sehari dapat RM5,000 di Pulau Perhentian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Musim cuti persekolahan bermula Khamis minggu lalu memberi rezeki berganda buat pengusaha pakej pelancongan di Pulau Perhentian dekat sini sehingga mampu meraih pendapatan harian lebih RM5,000.

Rata-rata pengusaha bot pelancong tidak menang tangan sehingga perlu menambah trip sekurang-kurangnya lima kali sehari bagi menampung permintaan pelancong yang mahu bercuti ke pulau peranginan ter­kenal tersebut.

Salah seorang pengusaha pakej pelancongan, Fikri Hakim Mohamad, 34, berkata, kehadiran pengunjung ke Pulau Perhentian meningkat sekali ganda sejak bermulanya musim cuti persekolahan minggu lalu.

“Mereka bukan sahaja mahu bermalam di resort, inap desa dan hotel di sekitar Pulau Perhentian malah ramai juga memi­lih pakej lawatan harian.

“Saya sendiri menambah lima bot bagi setiap perjalanan ke pulau peranginan itu dari Jeti Kuala Besut berbanding cuma dua buah pada hari biasa,” katanya ketika ditemui di Pulau Perhentian dekat sini semalam.

Fikri Hakim berkata, ramai pelancong melakukan trip harian dengan pakej melakukan aktiviti mandi pantai, bersnorkel dan selam skuba di Pulau Perhentian.

Beliau berkata, kebanyakan pengunjung pada musim persekolahan merupakan warga tempatan yang membawa anak-anak masing-masing makan angin.

“Pakej pelancongan ditawarkan antara RM88 hingga RM1,000 mengikut aktiviti dikehendaki,” katanya.

Seorang pelancong Sharifah Mardiana Sayed Abd. Rahman, 44, dari Kuala Lumpur berkata, dia dan suami memilih Pulau Perhentian untuk bercuti sebagai memenuhi permintaan anak.

“Percutian keluarga di pulau-pulau peranginan dalam negara sudah menjadi trend,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN