fbpx

Elon Musk gelar rang undang-undang Trump ‘menjijikkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Trump (kanan) dan Musk. - Foto AFP

WASHINGTON – Taikun teknologi, Elon Musk mengkritik rang undang-undang Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang baru diluluskan dengan menyifatkannya sebagai ‘menjijikkan’, lapor portal berita MailOnline semalam.

Bekas penasihat pentadbiran Trump tersebut turut mengutuk wakil-wakil rakyat yang mengundi rang undang-undang tersebut.

Musk berkata, ia akan meningkatkan defisit bajet AS yang kini sudah pun sangat besar.

“Saya minta maaf, tetapi saya sudah tidak tahan lagi,” Musk menulis di platform X.

Tambahnya, undang-undang itu akan meningkatkan defisit bajet yang sudah sangat besar menjadi AS$2.5 trilion (RM11 trilion) dan membebankan rakyat Amerika dengan hutang tidak mampan.

Musk yang sebelum ini mempunyai hubungan baik dengan Trump, meninggalkan kerjanya sebagai penasihat kanan Presiden tersebut lima hari lalu. 

Sementara itu, Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt enggan memberikan komen lanjut mengenai ciapan Musk apabila ditanya mengenainya semasa taklimat akhbar.

“Presiden (Trump) sudah tahu apakah pendirian Musk pada rang undang-undang ini, dan ia tidak mengubah pendapat beliau. Ini adalah satu rang undang-undang yang besar dan terbaik, beliau berpegang padanya,” kata Leavitt. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI