fbpx

Cadangan bina rumah atas stesen kereta api akan diteliti – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika bercakap pada Forum Ilmuan Malaysia Madani Siri 6, di Menara Prasarana, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Kerajaan sedang meneliti cadangan membangunkan projek perumahan di atas stesen kereta api sebagai satu usaha baharu mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar utama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang dijalankan, termasuk keperluan untuk meminda beberapa peraturan sedia ada bagi merealisasikan cadangan itu.

“Maknanya, ia (projek perumahan rakyat) dibangunkan di atas (stesen kereta api). Perumahan komersial, tak semuanya perumahan rakyat tetapi sebahagiannya.

“Ini (cadangan membina projek perumahan di atas stesen kereta api) yang akan dilakukan (bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas),” katanya ketika forum Ilmuan Malaysia Madani Siri ke 6 di sini, malam ini.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan turut meneliti cadangan untuk mengurangkan atau memansuhkan keperluan ruang parkir bagi rumah pangsapuri yang terletak berhampiran stesen pengangkutan awam.

Menurut beliau, inisiatif itu sedang dibincangkan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, namun pelaksanaannya tertakluk kepada pindaan beberapa dasar sedia ada.

“Jika syor ini dilaksanakan, pembeli akan menikmati penjimatan yang banyak, selain ia dapat membantu meningkatkan pengunaan pengangkutan awam,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI