BANGKOK – Seorang pelancong dari Sri Lanka cedera di kepala dipukul oleh seorang wanita transgender (mak nyah) menggunakan kasut tumit tinggi selepas mangsa enggan membayar untuk ‘perkhidmatan’ yang ditawarkan, lapor akhbar Bangkok Post semalam.
Dalam kejadian di Jalan Pantai Pattaya, bandar Pattaya pada Sabtu lalu, mangsa yang dikenali sebagai Sepala, 54, diserang oleh wanita transgender bernama Mintran Buran, 29.
Mintran berkata, dia membenarkan mangsa menyentuh bahagian intimnya untuk memastikan jantina sebenarnya dengan bayaran 2,000 baht (RM260).
“Saya benarkan dia menyentuh sekali. Namun, apabila dia menyentuh sekali lagi tanpa membayar, saya kecewa dan pertengkaran berlaku.
“Saya memegang kolar bajunya dan dia bertindak serupa, menyebabkan calar di dada saya. Saya berasa marah lalu memukulnya di kepala empat hingga lima kali dengan kasut tumit tinggi,” kata Mintran.
Mangsa pula memberitahu polis bahawa dia hanya mahu mengesahkan jantina Mintran sebelum sangsi bahawa transgender itu wanita sebenar.
“Saya kemudian membatalkan urus niaga itu dan mahu beredar tetapi dia menarik kolar baju saya dari belakang dan memukul saya dengan kasut tumit tinggi,” katanya. – AGENSI