fbpx

Little Caliphs aktif perluas cawangan ke pasaran global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pelajar berusia enam tahun bersama guru bergambar selepas selesai menjalani program simulasi ibadah haji di Masjid Wilayah di Jalan Duta, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Jenama Little Caliphs International Sdn Bhd. (LCISB) yang telah berdiri kukuh di pasaran domestik kini mula mendapat tempat dalam kalangan pelabur, warga pendi­dik dan juga ibu bapa di pasaran antarabangsa.

Indonesia dilihat sebagai negara berpotensi untuk syarikat mengembangkan penguasaan pasarannya apabila empat tadika yang dibuka di negara itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Pengoperasian perniagaan seberang laut itu dikendalikan oleh Go World di bawah anak syarikat LCISB untuk memfokuskan kepada pasaran berkenaan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Akademik LCISB, Datin Dr. Sabariah Faridah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima banyak permintaan dan pertanyaan untuk membuka outlet baharu di Indonesia dan kami sedang mempertimbangkannya.

“Kami mengunjurkan untuk membuka outlet baharu di Indonesia pada tahun depan, selain itu, kami juga telah membuka cawangan di UAE dan juga di United Kingdom.

“Kami kini dalam peranca­ngan untuk membuka 22 cawangan dalam tempoh empat tahun akan datang dan juga bakal meneroka pasaran baharu di Pakis­tan,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program simulasi ibadah haji yang dikenali sebagai Little Haj Mega 2025 di Masjid Wilayah di sini baru-baru ini.

Program yang melibatkan ­penyertaan serentak 11,903 murid prasekolah dari seluruh negara dan ia secara rasminya telah diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai penyertaan terbesar penglibatan kanak-kanak menyertai program menunaikan haji.

Little Hajj Mega ini adalah ke­sinambungan program tahunan syarikat yang telah dilaksanakan sejak 10 tahun lalu untuk kanak-kanak berusia enam tahun. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI