fbpx

Fokus Ikhsan tawar program pembelajaran Al Quran di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ali Ben (kiri) bersama Mantan Mufti Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Othman pada majlis pengenalan program pembelajaran di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Fokus Ikhsan Enterprise (Fokus Ikhsan) telah bekerjasama dengan sebuah syarikat yang berpangkalan di Mekah, Iqraa  Arabic  untuk menawarkan Program Pengajian Bahasa Arab & Umul Kitab Al Quran bersama University Umm Qura di Mekah kepada rakyat di negara ini yang berminat.

Pengarah Urusannya, Ali Ben Shafie berkata, program ini sangat istimewa dan memberi pengalaman unik serta pastinya memberi kelainan kepada pesertanya dalam mengikuti pembelajaran Al Quran dan bahasa Arab di tanah suci selama hampir sebulan.

Menurut beliau, sesi pembelajaran akan dibuat secara dalam talian dan juga bersemuka dengan melibatkan 40 jam setiap tahap dan sijil akreditasi akan diberikan kepada peserta.

“Program ini terbuka kepada mereka yang berminat termasuk mereka yang tidak fasih berbahasa arab dan juga yang baru belajar membaca Al Quran kerana di sini peserta akan mengikuti kelas pembelajaran mengikut tahap kefasihan masing-masing.

“Saya yakin ini adalah antara satu-satunya program pembelajaran unik yang memberi peluang kepada peserta menginap di Tanah Suci sambil belajar Al Quran, ramai yang pastinya bercita-cita besar untuk melaksanakan  impian tersebut.

“Program ini akan bermula pada bulan Ogos dan peluang pendaftaran telah dibuka dan dialu-alukan kepada mereka yang berminat dengan tawaran pakej yang menarik iaitu pada harga serendah RM15,800 untuk bilik berempat, RM17,800 untuk bilik bertiga dan RM19,800 untuk bilik berdua (jika ada permintaan).

“Jumlah kos ini termasuk semua iaitu tiket penerbangan pergi dan balik, kemudahan hotel sepanjang tempoh pembelajaran serta makan dan minum daripada sarapan pagi hingga makan malam serta lawatan ke beberapa tempat sejarah di Tanah Suci,” katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, syarikat telah melantik Mantan Mufti Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman sebagai duta Program Pengajian Bahasa Arab & Umul Kitab Al Quran Malaysia bersama University Umm Qura di Mekah.

Universiti Umm Qura  memiliki 50 tahun pengalaman dalam membangunkan reka bentuk dan telah mengajar puluhan ribu pelajar di seluruh dunia.

Ali Ben menerangkan, pertanyaan dan tempahan telah mula diterima pihaknya dan kebanyakan peserta adalah pesara serta juga merupakan pelanggan setia syarikat yang turut mengoperasikan perniagaan perkhidmatan pelancongan.

Tambah beliau, sepanjang hampir sebulan mengikuti program ini, peserta akan menikmati cuti selama dua hari seminggu dan ini memberi peluang kepada mereka untuk melaksanakan ibadah umrah atau berkunjung ke Madinah dan pelbagai lagi destinasi menarik di sana.

“Kami akan bantu mereka yang mahu menunaikan ibadah umrah dengan bimbingan daripada mutawif, jadi peluang mereka berada di Mekah selama hampir sebulan di sana membolehkan mereka melaksanakan ibadah umrah hampir setiap minggu,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI