fbpx
PEAKFINDER membolehkan pengguna mengenal pasti nama-nama puncak gunung dan bukit yang terdapat di sekeliling mereka.

K2

Aplikasi bantu pendaki kenal pasti nama gunung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

APLIKASI mudah alih bukan sahaja membantu memudahkan kehidupan harian, malah menjadi teman setia ketika menikmati keindahan alam semula jadi.

Salah satu aplikasi yang kerap digunakan dalam kalangan pendaki, jurugambar landskap dan pencinta alam ialah PeakFinder.

Menurut perkongsian portal NZ Raw, PeakFinder dilengkapi dengan ciri unik dan interaktif serta telah merevolusi cara pengguna mengenal pasti dan menghargai puncak bukit atau gunung di sekeliling mereka.

“PeakFinder merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna mengenal pasti nama-nama puncak gunung dan bukit yang terdapat di sekeliling mereka.

“Dengan hanya mengarahkan telefon pintar atau tablet ke landskap, aplikasi ini akan memaparkan profil topografi secara tiga dimensi (3D) yang menunjukkan nama dan ketinggian puncak-puncak tersebut,” katanya.

Tambahnya, aplikasi ini mempunyai pangkalan data yang sangat luas dengan lebih 1 juta puncak di seluruh dunia. Ini termasuklah puncak-puncak terkenal seperti Gunung Everest dan Matterhorn mahupun puncak-puncak kecil yang mungkin tidak dikenali ramai.

Salah satu ciri terbaik PeakFinder ialah ia berfungsi secara luar talian, pengguna hanya perlu memuat turun data kawasan yang diinginkan terlebih dahulu dan aplikasi akan terus berfungsi tanpa memerlukan sambungan internet.

Ini sangat berguna bagi pendaki yang berada di kawasan terpencil tanpa liputan rangkaian.

Selain itu, PeakFinder menawarkan mod augmented reality (AR) yang membolehkan pengguna melihat nama-nama puncak secara langsung di atas landskap sebenar melalui skrin kamera.

“Pengguna juga boleh mengakses maklumat terperinci tentang setiap puncak termasuk ketinggian, jarak dari lokasi semasa dan peta topografi. Fungsi kompas dan sistem posisi sejagat (GPS) dibina bagi memastikan ketepatan maklumat yang dipaparkan.

FUNGSI kompas dan GPS dibina bagi memastikan ketepatan maklumat yang dipaparkan.

“PeakFinder sangat berguna bukan sahaja untuk pendaki profesional tetapi juga kepada sesiapa sahaja yang gemar menerokai keindahan alam. Ia membantu mengenal pasti puncak-puncak gunung yang mungkin tidak dikenali sebelum ini, sekaligus menambah pengetahuan geografi pengguna,” ujarnya.

Katanya lagi, bagi jurugambar landskap, aplikasi ini memudahkan mereka merancang komposisi gambar dengan lebih baik. Dengan mengetahui lokasi dan ketinggian puncak, mereka boleh merancang waktu terbaik untuk mengambil gambar.

Selain mempunyai antara muka aplikasi yang mesra pengguna dan responsif, kelebihan lain yang terdapat pada aplikasi ini ialah kemas kini berkala untuk menambah baik data puncak dan paparan grafik yang memukau.

Walaupun sesetengah pengguna mungkin memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan fungsi AR, kebanyakan mereka mendapati ia menjadi sangat mudah dan menyeronokkan selepas beberapa kali digunakan.

“Secara keseluruhannya, PeakFinder merupakan aplikasi yang sangat berguna untuk mereka yang sukakan aktiviti luar dan ingin menambah pengalaman meneroka alam semula jadi.

“Ia menambah nilai kepada setiap langkah perjalanan,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN