fbpx

Anak bekas pegawai kanan polis belasah aktres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kongla hadir ke balai polis bersama peguamnya. - Channel 3

BANGKOK – Anak kepada seorang pesara pegawai polis berpangkat tinggi menyerah diri selepas dituduh menyerang bekas teman wanitanya yang merupakan aktres di Thailand, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Pelakon berkenaan, Bell, tampil mendedahkan perbuatan Kongla di media sosial minggu lalu selepas dia kerap dipukul dan diugut untuk mendiamkan diri.

Bell berkata, Kongla mengugutnya agar tidak membuat laporan polis serta mengancam bahawa bapa lelaki itu mampu menggunakan pengaruh untuk menggugurkan kes tersebut.

Menurut Bell, dia membuat keputusan berpisah dengan Kongla selepas mendapat tahu bahawa lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Namun, Kongla enggan melepaskannya dan sebaliknya, memukul Bell dengan teruk berkali-kali.

Dalam satu kejadian, Bell dibiarkan di luar rumahnya dalam keadaan berlumuran darah sebelum seorang jiran menemukan wanita berkenaan.

Bell akhirnya membuat laporan polis dan mendedahkan perkara itu kepada orang ramai sebelum Kongla menyerah diri pada Rabu lalu.

Kongla diarahkan kembali ke balai polis pada 9 Jun ini seperti yang dijadualkan bagi bertemu dengan pegawai penyiasat. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI