fbpx

72 peratus veteran ATM berjaya dapat kerja menerusi Perhebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAI’MAH (kiri) ketika membaca al-Quran Braille sambil disaksikan Mohd. Na’im di Hotel Land Premium, Mekah hari ini.

SUNGAI BULOH – Kira-kira 72 peratus veteran Angkatan Tentera (ATM) yang tamat perkhidmatan pada tahun 2023, berjaya mendapat pekerjaan menerusi program latihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia mencatatkan peningkatan berbanding 60 peratus yang direkodkan pada tahun 2022.

“Daripada jumlah tersebut, 65.4 peratus telah menjadi usahawan atau bekerja sendiri, manakala 34.6 peratus pula bekerja di bawah majikan.

“Keseluruhannya, sejumlah 5,285 veteran telah menerima manfaat hasil pelbagai kolaborasi yang dilaksanakan Perhebat bagi tahun 2023 hingga Mei 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia, Program Recognition of Prior Experiantal Learning (RPEL) dan Sijil Perhebat, di sini hari ini.

Menerusi majlis tersebut, seramai 3,473 anggota ATM berjaya menamatkan Latihan Peralihan di seluruh Malaysia, manakala 514 anggota dan veteran dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia, menerusi Program R-PEL.

Bagaimanapun Mohamed Khaled berkata, Perhebat masih perlu menyelidik dengan lebih teliti faktor-faktor yang menyebabkan kira-kira 28 peratus veteran terlibat masih belum mendapat pekerjaan.

“Kita mesti sentiasa terbuka untuk menyemak kandungan latihan, pendekatan yang digunakan serta proses latihan peralihan ini dilakukan. Ia mesti mengikut corak pasaran semasa dan tidak lapuk.

“Tahniah di atas pelbagai usaha Perhebat dalam membantu bakal pesara dan veteran meliputi pelaksanaan program kesinambungan kerjaya, Veteran MyWIRA dengan kerjasama TalentCorp,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI