fbpx

[VIDEO] Awal subuh naik Cameron Highlands sudah sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukan deretan kenderaan menuju ke Cameron Highlands pada awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Cuti sekolah yang bertembung cuti hujung minggu panjang sempena Hari Keputeraan Agong menyaksikan kawasan pelancongan popular seperti Cameron Highlands sesak dengan deretan kenderaan.

Situasi itu dikongsi menerusi beberapa video di TikTok oleh pengguna @Asnunmotorsewacameron yang memaparkan suasana jalan raya di kawasan tanah tinggi berkenaan.

“Cameron Highlands 2/6/2025, pukul 8.10 pagi, kesesakan lalu lintas teruk dari Golden Hill. Awal lagi dah sesak, rancang perjalanan anda,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Dalam hantaran lain, pemilik akaun itu turut berkongsi kemas kini keadaan jalan pada pukul 9.55 pagi yang menunjukkan laluan menghala ke Cameron Highlands masih lagi sesak.

“Cameron Highlands 2/6/2025, pukul 9.55 pagi, yang kental pasti sampai,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna media sosial berkongsi pengalaman masing-masing terperangkap dalam kesesakan luar biasa ketika bercuti di lokasi berkenaan.

“Semalam dah kena. Jalan sesak lepas Cameron Lavender hendak ke Kea Farm dari pukul 9 pagi sampai 1.30 petang,” kata Wanzzz19.

“Lain macam sesaknya, pukul 8 lebih (pagi) dah mula sesak. Hehe ‘salute’ dekat mereka yang sanggup bertahan dalam kesesakan,” ujar Lolinda.

“Hahaha, baru balik semalam. Nak keluar simpang hotel pun ambil masa berjam-jam. Hari Sabtu lagi teruk, 3.2 kilometer je nak ke hotel, tapi makan masa tiga jam. Rasanya kalau jalan kaki pun dah sampai,” kongsi pengguna lain.

Sementara itu, ada pengguna yang mengakui situasi sama turut berlaku tahun lalu namun masih tidak serik ke Cameron Highlands ketika musim cuti panjang.

“Tahun lepas pun sama (sempena) cuti Keputeraan Agong, tapi masih tak serik. Betul-betul kental,” komen Riedda Riez.

“Saya dah kena (tempuh kesesakan) semalam. Koyak oii…Lapan jam baru sampai Kea Farm,” kongsi Wanieyy. – KOSMO! ONLINE

@asnunmotorsewacameron yang kental pasti sampai… #malaysia #kabus #fyp #pasar #asnunsewamotorcameron #sewamotormurahcameron #brichangcameron #malamgoldenhills #sewamotorcameron #asnunRental ♬ suara asli – 𝐅𝐞𝐫𝐙𝐡𝐞𝐢🎭 – ᴀ ʟͮ ᴏͥ ɴᷡ ᴇ

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI