fbpx

Tudung Nora Danish dah singkat, tolong jangan, jangan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANYAK cabaran untuk mereka yang sudah berhijrah terutama golongan selebriti.

Nak tempuh dugaan memang sukar, belum lagi dengan kecaman netizen yang berbakul-bakul. Hanya jiwa yang kental sahaja boleh hadap.

Terbaharu, netizen mempertikai gaya tudung Nora Danish kerana tidak menutup bahagian dada.

“Ala kenapa sudah mula bertudung tak tutup dada, jangan!” komen seorang individu dalam aplikasi Thread.

Tapi apa yang Diva nampak, baju dipakai Nora jenis longgar dan tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badannya.

Mungkin individu itu ada pandangan berbeza. Risau betul dengan netizen zaman sekarang, ada sahaja yang tidak kena.
Apa pun, sabarlah Nora dengan komen begitu.

Mungkin Nora juga ada alasan sendiri tetapi cuma satu je Diva harap, jangan berbalah dengan netizen.

Begitulah dugaan bila menjadi artis. Serba-serbi jadi perhatian dan ramai yang nak jadi terpaling dalam segala hal.

Diva: Meriah sungguh konsert Melly Goeslaw malam tadi, ada Nicholas Saputra datang baca puisi, aduh!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI