fbpx

7 maut jambatan runtuh atas landasan kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta api terbabas akibat jambatan runtuh. - Foto Pejabat Pendakwa Raya Moscow

MOSCOW – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh apabila sebuah kereta api terbabas akibat jambatan runtuh di wilayah Russia yang bersempadan dengan Ukraine semalam.

Pengendali kereta api, Moscow Railways menyalahkan kejadian tersebut ke atas ‘tindakan haram’ yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Gabenor Wilayah Bryansk, Aleksandr Bogomaz menulis di aplikasi Telegram bahawa tujuh orang maut akibat runtuhan jambatan di landasan kereta api. 

“Seramai 30 mangsa, termasuk dua kanak-kanak telah dibawa ke kemudahan perubatan di wilayah Bryansk,” tambahnya. 

Menurut Moscow Railways, sebuah kereta api penumpang tergelincir di antara Klimov dan Moscow disebabkan jambatan runtuh akibat gangguan dalam operasi pengangkutan.

“Insiden itu berlaku pada pukul 10.44 malam (waktu tempatan) di antara stesen Pilshino dan Vygonichi di wilayah Bryansk.

“Ia tidak menjejaskan trafik kereta api lain,” kata pengendali kereta api tersebut.

Gambar-gambar yang disiarkan di internet oleh pihak berkuasa Russia menunjukkan bahagian jambatan runtuh dan kenderaan rosak ketika pekerja-pekerja penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI