GUA MUSANG – Kira-kira 3,000 penduduk Taman Agropolitan, Rantau Manis di sini hidup dalam ketakutan selepas melihat seekor beruang matahari memakan tanaman, ternakan dan menggali busut anai-anai berhampiran rumah mereka sejak tiga bulan lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Taman Agropolitan, Roslee Ibrahim berkata, haiwan buas itu dilihat berkeliaran di kawasan Fasa 1 sebelum muncul di Kampung 10 kira-kira dua minggu lalu. Selain kesan cakaran kuku pada pokok, penduduk memaklumkan tanaman seperti nangka, kelapa dan ayam turut dimakan haiwan berkenaan. “Dalam……