fbpx

Tak lepas memotong, Myvi dinaiki 3 sekeluarga bertembung bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dinaiki tiga sekeluarga yang bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 104, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kuala Krai hari ini. FOTO IHSAN POLIS

KUALA KRAI – Nahas yang mengorbankan tiga sekeluarga di Kilometer 104, Jalan Kota Bharu-Gua Musang di sini hari ini dipercayai berpunca daripada kereta dinaiki mangsa gagal memotong di garisan berkembar sebelum bertembung dengan bas ekspres.

Dalam kejadian pukul 11.50 pagi itu, pemandu kereta Perodua Myvi, Mohamad Faris Kamaluddin, 24, isteri, Nur Atikah Najihah Mohd. Shah Penilzain, 18, dan ibu remaja itu, Nurul Ain Abdul Rahim, 39, meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian tiga sekeluarga dari Johor Bahru itu dalam perjalanan menghala ke Kota Bharu.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai cuba memotong kenderaan lain, namun gagal sebelum bertembung dengan bas ekspres dari arah bertentangan.

“Ketiga-tiga mangsa yang tersepit dalam kereta disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.

“Siasatan mendapati, laluan itu merupakan garisan berkembar dan had laju ditetapkan adalah 90 kilometer sejam,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mazlan memberitahu, pemandu bas ekspres berusia 43 tahun hanya cedera ringan akibat terkena serpihan cermin, manakala kesemua 45 penumpang tidak cedera.

Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI