PETALING JAYA – Seorang lelaki warga Libya atau dikenali sebagai Amer Al-Mahdi Mansour Al-Qadhafi tular selepas terlepas penerbangan ke Tanah Suci bagi melakukan ibadah haji membuatkan ramai kagum dengan kuasa Allah.
Selepas terlepas penerbangan akibat masalah pasportnya, pesawat itu dikatakan berpatah balik sebanyak dua kali kerana isu teknikal yang tidak diketahui.
Menerusi hantaran di aplikasi TikTok @Jasminetourstravel menyatakan bahawa Amer menghadapi masalah berkaitan dengan pasport yang tidak jelas menyebabkan dia gagal melepasi saringan imigresen.
“Selepas dia terlepas penerbangan ke Tanah Suci, pesawat itu alami gangguan teknikal dan berpatah balik ke lapangan terbang dan diperbaiki. Selepas berlepas semula, pesawat itu kembali berpatah balik kerana isu yang sama,” ujarnya.
Malah, seorang juruterbang turut memaklumkan kepada semua penumpang bahawa pesawat tidak akan diterbangkan selagi Amer tidak bersama-sama mereka di atas kapal.
Tinjauan di ruangan komen mendapati, orang ramai meluahkan rasa kagum dengan amalan yang lelaki tersebut lakukan dan ramai menganggap tidak mustahil perkara sebegitu boleh terjadi jika Allah mengizinkan umatnya.
“Ya Allah, betul kata orang.. Bukan sebab kita banyak duit atau tiada duit tetapi kerana Allah yang menjemput kita ke Tanah Suci,” balas @NinaAzman.
“Amalan apa yang dia lakukan sehingga dia lalui proses haji yang lancar walaupun diuji dengan pelbagai halangan, kisah ini insafkan kita,” komen @Zira.
“Perjalanan Amer ke Tanah Suci ialah satu peringatan bahawa niyyah (niat), tawakkul (percaya kepada Allah) dan sabr (kesabaran) boleh membawa seseorang melalui perkara yang mustahil walaupun Amir diberitahu bahawa takdirnya tidak mustahil akan terjadi,” komen @Azwa. – KOSMO! ONLINE
@jasminetourstravel KISAH HAJI MENGHARUKAN Amer Al-Mahdi Mansour Al-Qadhafi, seorang pemuda dari Libya, berniat menunaikan ibadah haji ke Baitullah. Namun, saat tiba di bandara, ia menghadapi kendala keamanan terkait paspornya. Keberangkatannya pun tertunda. Amer tetap bersikeras. Ia mengatakan kepada pilot, “Saya tidak akan meninggalkan bandara ini sebelum berangkat haji.” Pilot menjawab, “Tidak mungkin Anda berangkat sebelum urusan paspor selesai.” Pesawat pun akhirnya lepas landas tanpa dirinya. Namun, di tengah penerbangan, pesawat mengalami gangguan teknis dan harus kembali (air turnback) ke bandara asal. Setelah diperbaiki, pesawat kembali lepas landas namun lagi-lagi mengalami kerusakan, dan untuk kedua kalinya kembali ke bandara. Saat itu, sang pilot berkata dengan tegas, “Demi Allah! Pesawat ini tidak akan terbang lagi sampai kalian membawa Amer bersama kita di pesawat.” Akhirnya, kehendak Allah pun terjadi. Amer naik ke pesawat dan berangkat menunaikan haji sebagaimana yang ia niatkan dengan penuh keyakinan. Kalau Allah sudah menghendaki sesuatu untuk kita, tidak ada satu pun yang bisa menghalangi, meskipun kelihatannya mustahil. #haji #hajjmubarak #hajj2025 ♬ suara asli – Jasmine Tour & Travel