fbpx

Peranan wartawan penting tapis maklumat, tangani berita palsu – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan selamat menyambut Hari Wartawan Nasional di muat naik di Facebook Anwar.

PETALING JAYA – Wartawan berperanan besar sebagai penapis, penyaring dan pendukung kebenaran demi memastikan masyarakat menerima maklumat yang sahih, seimbang dan berwibawa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam era ledakan maklumat dan penularan berita palsu yang semakin mencabar, peranan wartawan bukan sekadar menyampaikan berita semata-mata.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka atas dedikasi, keberanian dan komitmen demi amanah kepada masyarakat dan negara,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) yang diraikan setiap tahun pada 29 Mei bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan pengamal media di negara ini.

Majlis Kemuncak Sambutan Hawana 2025 akan diadakan pada 14 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Anwar dijadualkan merasmikan sambutan berkenaan dengan anggaran kehadiran kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI