fbpx

Mahathar dilantik pada saat yang amat mencabar – Dr. Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly (tengah) yakin pengalaman luas Mahathar (kanan) akan menjadi aset penting KKM.

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr. Mahathar Abd Wahab atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu.

Menurut beliau, pelantikan itu hadir pada saat yang amat mencabar dan penting ketika sistem kesihatan negara sedang melalui fasa pembinaan semula.

“Dengan keperluan mendesak untuk memperkukuh tenaga kerja kesihatan, melaksanakan reformasi berani, dan memulihkan semula kepercayaan rakyat terhadap sistem perkhidmatan awam khususnya kesihatan.

“Saya penuh yakin bahawa pengalaman luas, ketajaman analisis serta pendekatan segar yang dibawa oleh Datuk (Mahathar) akan menjadi aset penting dalam usaha kita bersama membina sistem kesihatan yang lebih adil, inklusif, berdaya tahan dan berteraskan nilai ihsan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Dzulkefly berkata, beliau bersama Timbalan Menteri, Timbalan Ketua Pengarah dan seluruh barisan kepimpinan serta warga Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus berganding bahu, bergerak sederap demi amanah besar untuk rakyat dan negara.

“Semoga Allah S.W.T memberkati setiap langkah kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI