fbpx

‘Kami letak jawatan, kami tak akan khianat parti’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi (kiri) menegaskan beliau dan Rafizi tidak akan mengkhianati parti PKR

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menafikan dakwaan beliau dan Datuk Seri Rafizi Ramli akan mengkhianati Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Menurut beliau, peletakan jawatan mereka sebagai anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan bukan bermakna mereka akan berpaling tadah daripada parti.

“Kami letak jawatan. Kami tak akan khianat parti,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Sebelum ini satu senarai mendakwa seramai 11 Ahli Parlimen PKR akan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebar di media sosial.

Beberapa pimpinan PKR namun menafikan perkara tersebut sambil menyifatkan senarai tersebut adalah palsu.

Rafizi dan Nik Nazmi masing-masing yang sebelum ini Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad meletak jawatan daripada Kabinet.

Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai depan selepas mereka tewas pada pemilihan PKR 2025 minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI