PETALING JAYA – Bayangkan bintang Manchester United naik skuter elektrik di tengah bandar Kuala Lumpur semalam.
Itulah yang berlaku apabila dua pemain muda sensasi pasukan The Red Devils, Amad Diallo dan Alejandro Garnacho Ferreyra, tular di media sosial selepas dirakam cuba menunggang skuter Beam di ibu kota.
Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok, Luqman Rahim, Amad dan Garnacho turut disertai rakan sepasukan dari posisi pertahanan tengah, Ayden Edford Heaven.
Apa yang menghiburkan, rakaman berkenaan menunjukkan mereka kelihatan agak kekok dan tidak tahu cara menggunakan skuter elektrik itu, malah terpaksa meminta bantuan orang awam untuk mengaktifkannya.
Pengguna media sosial yang menonton video itu turut tidak menyangka para pemain berkenaan ini berani berlegar di tengah bandar tanpa sebarang kawalan keselamatan.
“Asal dorang berani keluar tanpa pengawal keselamatan?,” kata HnnZ
“Rileks je dia jalan-jalan. Orang Malaysia tak ganggu.” kata Shinosuke
“Dorang nak pusing town (bandar) ke naik Beam,”jelas teoooaiss – KOSMO! ONLINE