fbpx

GCC puji pendirian ASEAN sokong hak sah rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Krisis kemanusiaan di Gaza turut disuarakan semasa Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Ke-2 hari ini apabila pihak tersebut serius untuk meneruskan proses damai antara Palestin-Israel berdasarkan resolusi antarabangsa dan Inisiatif Keamanan Arab.

Putera Mahkota Kuwait, Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah berkata, pihaknya menggesa masyarakat antarabangsa melaksanakan tanggungjawab perundangan dan moral bagi memberi tekanan sewajarnya dalam konflik kemanusiaan di Gaza.

Menurut baginda, GCC sentiasa mengikuti rapat perkembangan tragedi kemanusiaan yang berterusan di Gaza dan Palestin.

“Kami menyeru masyarakat antarabangsa agar melaksanakan tanggungjawab undang-undang dan moral mereka serta memberi tekanan sewajarnya untuk menghentikan pencerobohan dan memastikan perlindungan antarabangsa bagi orang awam.

“Kami juga memperbaharui seruan untuk menyambung semula proses damai yang serius dan boleh dipercayai berdasarkan resolusi antarabangsa dan Inisiatif Keamanan Arab.

“Kami memuji pendirian ASEAN dalam menyokong hak sah rakyat Palestin dan membela perjuangan mereka,” katanya dalam ucapan pembukaannya pada Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Ke-2, hari ini.

Bahkan Sheikh Sabah Khaled turut menegaskan, GCC telah menyatakan pendirian teguh terhadap isu tersebut dan menyokong rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara merdeka berdasarkan persempadanan 1967 dengan menjadikan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Berhubung situasi di Syria, GCC mengalu-alukan perkembangan positif di lapangan dan menyatakan sokongan kepada segala usaha untu mencapai keamaan dan kestabilan.

“GCC juga menyatakan pendirian untuk memelihara kedaulatan dan integriti Syria serta membolehkan rakyatnya memperoleh keselamatan dan kemakmuran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI