fbpx

Rakyat ASEAN hilang kebebasan, maruah diperdaya sindiket scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad semasa mempengerusikan Mesyuarat Menteri Luar Asean sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – ASEAN berdepan dengan landskap serantau dan global yang semakin kompleks, dipengaruhi oleh persaingan geopolitik yang semakin memuncak, ketidaktentuan ekonomi, serta cabaran rentas sempadan yang semakin mencabar ketahanan sistem dunia masa kini.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, rantau ini turut berhadapan dengan ancaman keselamatan yang kian meningkat, terutamanya jenayah siber seperti penipuan dalam talian dan penipuan tawaran pekerjaan.

“Ribuan warga ASEAN telah menjadi mangsa sindiket ini dan mereka diperdaya, diperdagangkan dan dijadikan buruh paksa di pusat-pusat scam.

“Mereka kehilangan kebebasan, maruah, dan wang simpanan untuk hidup. Operasi haram dalam talian yang berleluasa ini turut menjejaskan ekonomi Negara-Negara Anggota ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan pembukaan Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC) ke-29 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Mohamad berkata, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, ASEAN telah meningkatkan usaha membanteras jenayah siber, namun sindiket ini terus menunjukkan kemampuan denganberpindah dan membina semula operasi mereka.

Katanya, justeru pendekatan menyeluruh dan bersepadu amat diperlukan demi kesejahteraan rakyat ASEAN serta keselamatan dan kemakmuran rantau ini.

“ASEAN perlu memperkukuh kerjasama serantau, menyeragamkan kerangka perundangan dan meningkatkan mekanisme perkongsian maklumat antara Negara-Negara Anggota.

“Tambahan pula, kemajuan teknologi yang pesat dan perkembangan ruang siber menuntut kita bukan sahaja melindungi keselamatan ekosistem digital rantau ini, tetapi juga membina ketahanannya secara berterusan.

“Perubahan landskap ini turut menuntut agar ASEAN sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan keperluan semasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI