BARU-baru ini Dayang Nurfaizah menjadi sorotan ramai apabila menerima Anugerah Khas Borneo MeleTOP pada Konsert MeleTOP TVS di Miri.
Ramai yang teruja melihat anak kelahiran Kuching, Sarawak itu menerima pengiktirafan sebegitu kerana Dayang mempunyai kelayakan untuk menerimanya.
Disebabkan anugerah tersebut, ramai mula mencadangkan untuk Dayang menerima gelaran Datuk pula.
“Tahniah Dayang, lepas ini gelaran datuk pula ya. Dia layak!
“Dayang ‘permata’ Sarawak. Kami bangga anak Sarawak hebat-hebat,” puji netizen.
Tapi betul apa yang netizen suarakan itu, mungkin kerjaya seni selama 26 tahun sudah melayakkan Dayang untuk mendapat gelaran tersebut. Semoga termakbul!
DIVA: Ramai tak sabar tunggu pengumuman konsert solo Misha Omar.