fbpx

Afdlin sedia kerjasama dengan Nik Nazmi bentuk budaya politik baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Afdlin Shauki ketika berucap pada sesi perbahasan Kongres Nasional Keadilan 2024/2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru hari ini. Foto MUHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Ketua Cabang PKR Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki Aksan menzahirkan kesediaan untuk bekerjasama dengan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam usaha membentuk budaya politik baharu yang lebih progresif.

Afdlin Shauki berkata, kerjasama itu penting bagi membentuk keutuhan parti setelah selesai pertandingan di peringkat cabang sebelum ini.

“Apa ertinya demokrasi jika keadilan tidak ditegakkan? Keadilan dalam politik, sosial, dan ekonomi perlu diwujudkan secara seimbang dalam usaha memastikan kepercayaan rakyat untuk terus terlibat dalam proses politik negara.

“Keadilan dalam politik memberikan ruang sama rata kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang; keadilan sosial memastikan tiada golongan dipinggirkan, manakala keadilan ekonomi menjamin pembahagian sumber secara saksama agar kekayaan tidak hanya dinikmati golongan tertentu,” katanya.

Afdlin Shauki berkata demikian ketika berucap pada sesi perbahasan Kongres Nasional Keadilan 2024/2025 dengan tajuk ‘Keadilan Sebagai Tonggak Demokrasi Dalam Membentuk Budaya Politik Baharu.’

Sebelum ini, Afdlin Shauki yang juga dikenali sebagai pengarah, pelakon dan pelawak menewaskan Nik Nazmi dalam Pemilihan Cabang Setiawangsa bulan lalu.

Jelasnya, budaya politik baharu perlu berlandaskan kepada prinsip keadilan yang bermula daripada pemimpin yang berintegriti dan institusi bebas, namun tanpa tindakan tuntas dan perubahan yang berlaku hanya di permukaan, sedangkan akar sistem tetap rapuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI