fbpx

Lelaki dicekup bantu siasatan kes simbah asid pemilik spa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa (kiri) dibantu oleh orang ramai selepas disimbah asid di premisnya di pekan Beris Kubur Besar, Bachok pada Sabtu lalu.

BACHOK – Seorang lelaki yang bekerja di sebuah kilang getah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian simbah asid terhadap pemilik spa di Beris Kubur Besar, di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin berkata, lelaki berusia 45 tahun itu merupakan kenalan kepada suspek pertama yang ditahan di Kuala Krai, kira-kira pukul 4 petang semalam.

Menurutnya, suspek ditahan di sebuah kilang getah oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok selepas hasil soal siasat terhadap suspek pertama.

“Kita menahan suspek selepas 24 jam penangkapan seorang wanita berusia 38 tahun petang kelmarin. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bachok pagi ini untuk perintah tahanan reman,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Mohamad Ismail memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang wanita ditahan selepas disyaki terlibat dengan kejadian mennyimbah asid terhadap pemilik spa sehinngga mendatangkan cedera parah di Beris Kubur Besar, di sini, pada Sabtu lalu.

Mohamad Ismail berkata, suspek yang bekerja di kilang getah dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Krai, petang kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI