fbpx

Gergasi Itali, kelab MLS berminat ikat De Bruyne

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE masih belum memutuskan mengenai masa depan kariernya selepas sah meninggalkan Etihad ekoran kontraknya bersama City berakhir. - AFP

LONDON – Kelab dari Serie A dan Liga Bola Sepak Major (MLS) Amerika Syarikat ketika ini dilaporkan sedang bersaing sengit untuk mendapatkan tandatangan perancang Manchester City, Kevin De Bruyne.

Calon juara Scudetto musim ini, Napoli dan Chicago Fire menjadi dua pasukan yang secara terbuka menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Belgium itu yang bakal mengakhiri kontrak di Etihad Jun ini.

Laporan awal menyebut, pemain berusia 33 tahun berkenaan masih mahu kekal di bersaing di Eropah biarpun mendapat tawaran dari AS dan juga pendatang baharu liga utama Arab Saudi, Neom SC dengan tawaran yang cukup lumayan.

De Bruyne perlu membuat pertimbangan yang terperinci mengenai destinasi baharu kariernya untuk memastikan keluarganya selesa, namun yang paling utama untuk memastikan tempatnya pada saingan Piala Dunia 2026 terjamin.

Kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat De Bruyne juga perlu bersedia dengan tuntutan gaji mingguan sekitar £230,000 (RM1.31 juta) iaitu separuh daripada pendapatan yang diterimanya di City ketika ini.

Napoli yang mengharungi musim pertama di bawah kendalian Antonio Conte mungkin memiliki kemampuan untuk melunaskan impian De Bruyne apabila mereka sudah mengesahkan tempat ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Faktor kekal dalam saingan tertinggi di Eropah menyebabkan Napoli dianggap memiliki peluang cerah untuk mengikat khidmat pemain tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI