fbpx

FAMA siap sedia 500 tan metrik duku Terengganu Julai depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Fadlee (kiri) mengagihkan buah tembikai kepada murid pada Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan di SK Seri Berang, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu menyasar membeli lebih 500 tan matrik duku daripada pekebun negeri ini pada musim buah tersebut Julai depan.

Pengarah FAMA Terengganu, Muhamad Fadlee Hassan berkata, agensinya telah bersedia daripada aspek logistik bagi memasarkan hasil duku ke pasaran luar negeri khususnya Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

“Duku merupakan komo­diti utama pengeluaran buahan bermusim di Terengganu.

“Kita telah pun bersiap-sedia menjelang ketibaan musim buah itu yang dijangka bermula akhir bulan Julai depan,” katanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Berang, di sini hari ini.

Beliau ditemui pada Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan dan Sayur-sayuran Tempatan peringkat Terengganu.

Muhamad Fadle berkata, inisiatif membeli duku tersebut bagi membantu pekebun terlibat memasarkan tanaman mereka.

Beliau berkata, duku Terengganu sememangnya mendapat permintaan tinggi dan mempunyai peminatnya tersendiri.

“Duku Terengganu terkenal dengan rasanya yang manis. InsyaAllah tidak akan berlaku lambakan duku pada tahun ini. Kita telah bersiap sedia lebih awal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI