fbpx

Restoran makanan segera disaman, letak bawang dalam burger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR sebuah restoran makanan segera Whataburger. - Foto iStock

WASHINGTON – Seorang lelaki dari negeri Texas menyaman restoran makanan segera Whataburger kerana tidak memenuhi permintaanya supaya menyediakan burger tanpa bawang, lapor laman berita Fox News semalam.

Saman itu difailkan bulan lalu oleh Demery Wilson di Mahkamah Daerah Kehakiman Texas ke-269 di daerah Harris.

Dokumen mahkamah itu menyebut bahawa Wilson mengunjungi sebuah cawangan Whataburger pada 24 Julai 2024 dan memesan makanan segera tanpa bawang.  

Namun, Wilson berkata, pesanan yang diterimanya mengandungi bawang dan jika memakannya, ia akan menyebabkan dia mengalami alahan serta terpaksa mendapatkan rawatan.

Whataburger menafikan dakwaan Wilson dalam dokumen mahkamah berasingan yang difailkan pada 16 Mei lalu.

Wilson menuntut lebih AS$250,000 (RM1 juta) daripada Whataburger, demikian menurut saman itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI