fbpx

Proton e.MAS 7 kenderaan rasmi ASEAN 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pandu uji Proton e.MAS 7 hari ini.

PETALING JAYA – Kenderaan elektrik (EV) pertama keluaran Proton, e.MAS 7 telah dipilih sebagai kenderaan rasmi Malaysia sempena kepengerusian ASEAN 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemilihan itu bukan sahaja mencerminkan kemajuan teknologi tempatan, tetapi juga keyakinan terhadap kebolehan anak tempatan dalam menerajui industri automotif masa hadapan.

“Insya-Allah, saya percaya Proton e.MAS 7 ini akan menjadi pemangkin kepada promosi dan pembangunan industri kenderaan elektrik negara, khususnya ketika kita menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Inisiatif ini juga seiring dengan komitmen Malaysia ke arah pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun-tahun mendatang, selaras dengan agenda kelestarian dan peralihan tenaga hijau negara di bawah kerangka Malaysia Madani,” katanya di sini hari ini.

Beliau turut menyeru orang ramai agar terus menyokong inovasi tempatan dan berusaha ke arah masa depan yang lebih lestari, berdaya saing dan berteknologi tinggi.

Terdahulu, Anwar turut mengambil kesempatan memandu uji kenderaan tersebut di sekitar kawasan pejabatnya hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI