fbpx

Petronas, Petros ganding bahu perkasa industri minyak dan gas negara – PMX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polemik antara Petronas dan Petros diselesaikan melalui deklarasi bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak dengan mengiktiraf peranan kedua-dua entiti dalam industri minyak dan gas.

PETALING JAYA – Dua syarikat utama dalam industri minyak dan gas negara, Petronas akan terus memainkan peranannya sebagai syarikat minyak dan gas negara, manakala Petros pula diiktiraf selaras dengan kuasa yang diperuntukkan kepada kerajaan Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama tersebut akan dilaksanakan berdasarkan kerangka undang-undang Persekutuan dan Negeri.

“Persefahaman ini membuka ruang kepada Petronas dan Petros untuk berganding bahu dalam memperkasa industri minyak dan gas negara agar lebih berdaya saing dan mampan.

“Kerjasama ini turut merangkumi projek-projek tenaga hijau, termasuk pembangunan hidrogen dan penjanaan elektrik hatta sejajar dengan aspirasi Sarawak ke arah masa depan yang lestari dan berinovasi.

“Saya percaya, segala perbincangan lanjut berkaitan pelaksanaan kerjasama ini hendaklah dibuat berdasarkan penilaian dari segi daya maju komersial dan teknikal.
Moga usaha yang dimeterai hari ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara dan negeri Sarawak, demi kesejahteraan seluruh rakyat,” kata beliau dalam satu hantaran di media sosial rasmi Perdana Menteri.

Terdahulu, Anwar bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah memeterai satu persefahaman penting demi kemajuan Malaysia dan Sarawak.

Persefahaman tersebut melibatkan kerjasama strategik antara dua syarikat utama dalam industri minyak dan gas negara; Petronas dan Petros. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI