fbpx

‘Saya nak sewa gigi palsu seminggu, tak nak bau kepam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar permintaan individu terbabit.

PETALING JAYA – Seorang individu mencetuskan gelak tawa netizen selepas membuat satu permintaan ingin mencari mana-mana pemilik gigi palsu yang sudi memberi sewa kepadanya selama seminggu.

Iklan yang dimuat naik oleh pengguna perkhidmatan penghantaran e-dagang itu menjadi tular di media sosial dengan lebih 1,000 tanda suka.

“Mencari rider (penghantar) yang nak sewakan gigi palsu. Saya nak sewa untuk seminggu sahaja sementara tunggu gigi saya siap.

“Tak nak rider (penghantar) yang bau ‘kepam’. Kalau boleh gigi palsu tuh tak nak ada taik gigi dan warna kuning. Harga kita bincang tepi. Terima kasih,” kata individu tersebut menerusi ruang perbualan di platform e-dagang terbabit.

Permintaan individu itu sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

“Gigi palsu ni bukan helmet abang. Mana boleh kongsi macam itu ja,” tulis Nash.

“Dekat kedai ada yang gigi taring untuk ‘birthday party’ jadi hantu tu. Boleh pakai dahulu sementara waktu,” seloroh Daniel.

“Harap-harap bukan nak pakai untuk makan durian,” tambah pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI