fbpx

Kolam terbiar ragut nyawa budak di Presint 7 dikambus sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kolam terbiar di Presint 7 yang meragut nyawa kanak-kanak awal Mei lalu telah dikambus sepenuhnya.

PUTRAJAYA – Kolam terbiar di Presint 7, di sini yang telah meragut nyawa seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun pada 5 Mei lalu telah dikambus sepenuhnya.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kolam tinggal yang sebelum ini menimbulkan kerisauan dan kebimbangan penduduk telah ditimbus sepenuhnya.

Beliau berkata, kerja-kerja penutupan kolam tersebut telah dilaksanakan sejak minggu lalu.

“Susulan insiden kanak-kanak lemas di kolam tinggal yang berlaku di Putrajaya pada 5 Mei lalu, saya telah turun ke lokasi tersebut pada keesokannya untuk melihat sendiri keadaan di sana.

“Tinjauan pada 6 Mei itu turut disertai wakil daripada Ibu Pejabat Polis Putrajaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Perbadanan Putrajaya serta wakil Surau PPAM Kasturi dan Surau Pudina Presint 17.

“Sejurus itu, saya juga telah meminta pihak berkaitan agar mengambil tindakan segera dengan menimbus kolam tinggal tersebut serta memagar kawasan terbiar berisiko kemalangan di Putrajaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI