fbpx

Jawatankuasa WHO lulus resolusi pandemik, elak kecelaruan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berjalan di daerah Giza, Tokyo pada 26 Jun 2022. - AFP

GENEVA – Sebuah jawatankuasa tertinggi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebulat suara meluluskan usul perjanjian pandemik, meningkatkan peluang ia diluluskan oleh perhimpunan penuh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tersebut hari ini.

Perjanjian itu bertujuan mencegah tindak balas bercelaru dan kekacauan antarabangsa sebelum ini berhubung Covid-19, dengan meningkatkan penyelarasan dan pengawasan global, serta akses kepada vaksin.

Menteri Kesihatan Namibia, Esperance Luvindao yang mempengerusikan jawatankuasa itu berkata, resolusi perjanjian itu diluluskan dengan 124 undi tanpa undi menentang, manakala 11 negara berkecuali, termasuk Iran, Israel, Itali, Poland, Russia dan Slovakia.

“Kerajaan dari seluruh dunia akan menjadikan negara masing-masing dan komuniti global saling terhubung, lebih saksama, lebih sihat dan lebih selamat daripada ancaman patogen serta virus yang berpotensi mencetuskan pandemik,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Beliau mengucapkan tahniah kepada negara-negara anggota WHO kerana bersatu sejak pandemik Covid-19.

“Usaha mereka untuk membangunkan perjanjian global ini akan memastikan negara-negara bekerja dengan lebih baik, lebih cepat dan lebih saksama untuk bersama-sama mencegah serta bertindak balas terhadap ancaman pandemik seterusnya,” katanya.

Menurut Luvindao pula, Perjanjian Pandemik WHO yang dimuktamadkan pada bulan lepas itu membuktikan keinginan antarabangsa untuk lebih bersedia mencegah dan bertindak balas terhadap pandemik masa depan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI