fbpx

Pemilik spa disimbah asid stabil lepas 6 jam pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faziera.

BACHOK – Pemilik spa dan salun kecantikan yang parah disimbah cecair dipercayai asid di Beris Kubur Besar di sini kelmarin sudah sedarkan diri selepas menjalani pembedahan selama enam jam di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian.

Suami mangsa, Muhammad Syahrul Ikhwan Seri Buana, 33, berkata, pihak HPUSM memaklumkan isterinya, Nor Faziera Muda, 27, sudah sedar pada pukul 4 petang semalam namun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Katanya, keadaan isterinya semakin stabil sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Kebakaran HPUSM hari ini dan tidak lagi bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

“Saya belum berjumpa dengan isteri sejak semalam. Saya akan melawatnya pada petang ini.

“Ibu bapa dan adik beradiknya dari Terengganu sudah datang dan bermalam di sini (Kelantan) selepas mengetahui kejadian menimpa isteri,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Muhammad Syahrul Ikhwan berkata, dia dan keluarga memohon orang ramai supaya mendoakan isterinya cepat sembuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI