fbpx

Ratu cantik tipu kelayakan akademik dijel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Li Si Xuan. - Foto 8days

BEIJING  – Pemenang pertandingan ratu cantik China, Li Si Xuan dijatuhi hukuman penjara kerana memalsukan kelayakan Universiti Columbia untuk mendapatkan kemasukan ke Universiti Hong Kong (HKU), lapor portal berita VNExpress semalam.

Menurut portal berita 8days, Si Xuan dihukum penjara 240 hari yang  dikurangkan daripada tempoh asal selama 300 hari.

Mahkamah memutuskan bahwa tindakannya tidak menjejaskan kemasukan mana-mana calon lain.

Dalam perbicaraan kes tersebut, peguam bela Si Xuan merayu hukuman diringankan dengan alasan anak guamnya menyesal  dan kekurangan bukti untuk menunjukkan dokumen palsu telah digunakan.

Pada 2021, Li memohon memasuki HKU dengan mendakwa bahawa dia telah menamatkan pengajian sarjana muda  dalam bidang linguistik di Universiti Columbia, New York. 

Dia menyerahkan dokumen termasuk sijil palsu untuk menyokong permohonannya dan kemudian diterima masuk ke program Sarjana Gunaan Linguistik HKU. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI