fbpx

‘Kita sanggup telanjangkan emosi depan orang tak kenal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Ilya hairan dengan trend media sosial zaman sekarang yang sanggup 'menelanjangkan' kehidupan peribadi demi validasi umum.

PETALING JAYA – Pelakon Raja Ilya mempertikai sikap segelintir individu yang rela melondehkan aib sendiri termasuk sanggup berkongsi hal peribadi dalam media sosial.

Menurut Raja Ilya, 39, penggunaan media sosial hari ini dilihat semakin ke arah negatif semata-mata untuk mendapatkan jumlah tontonan yang tinggi.

“Dulu media sosial lain tetapi sekarang sudah berbeza. Sebelum ini berkongsi momen gembira dan perkara kelakar tetapi bermakna.

“Tapi sekarang, semua benda jadi konten. Sakit, kematian, drama rumah tangga, semua itu konten untuk dapatkan tontonan dan tanda suka sehingga tidak kisah dengan privasi.

“Paling penting viral. Sedih bila fikir, kita sanggup telanjangkan emosi depan orang tak dikenali tapi tutup perasaan depan orang yang kita sayang,” katanya dalam Instagram.

Raja Ilya juga mempersoal tindakan segelintir individu yang memilih berkongsi hal peribadi kepada umum kerana perkara tersebut dianggap sebagai tidak sopan.

“Adakah kita memang nak kongsi semua benda yang berlaku dalam kehidupan seharian dalam media sosial?

“Adakah semuanya tayang untuk dunia semata-mata untuk dapatkan validasi umum atau kerana diri sendiri sudah hilang batasan.

“Media sosial sepatutnya menjadi tempat bersuka ria bukannya menjaja luka tetapi sekarang semakin menjadi toksik. Suami isteri berbalas sindiran dalam media sosial,” ujarnya.

Katanya, orang ramai juga perlu mengambil masa untuk berhenti seketika bermain media sosial dan habiskan masa bersama keluarga.

“Bukan semua nak dijadikan drama episod harian walaupun menghiburkan untuk ditonton.

“Ini hanya pendapat. Tidak salah kalau kita menjadi yang tenangkan, bukan tambahan. Risau tengok media sosial hari ini, betul tak apa yang saya rasa?” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI