fbpx

Barcelona juara La Liga, menang trebel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Barcelona meraikan kejayaan menjuarai La Liga musim ini selepas menang 2-0 ke atas Espanyol awal pagi tadi. - AFP

BARCELONA – Barcelona merangkul kejuaraan La Liga selepas menewaskan Espanyol 2-0 awal pagi tadi sekali gus melengkapkan gelaran trebel domestik dalam musim pertama Hansi Flick bersama kelab itu.

Kemenangan itu menyaksikan Barcelona mengumpul 85 mata, tujuh mata mengatasi Real Madrid di tangga kedua dengan hanya dua aksi liga berbaki menjadikan kejuaraan liga itu yang ke-28 dalam sejarah kelab.

“Ia bukan sekadar pasukan, tapi keluarga. Semua orang di kelab ini tahu peranan masing-masing. Atmosfera dalam bilik persalinan juga luar biasa. Saya tak pernah alami suasana seperti ini,” kata Flick.

Gol pembukaan dihasilkan oleh bintang sensasi, Lamine Yamal yang melakukan rembatan lencong kaki kiri dari sebelah kanan padang dan Fermin Lopez memastikan jaringan kedua Barcelona.

“Lamine luar biasa. Dia buat gerakan itu dalam latihan dan hari ini dia hasilkan gol penting. Kami akan nikmati kemenangan ini, tak selalu dapat menjuarai liga,” ujar pemain tengah Barcelona, Pedri.

Kejayaan itu melengkapkan kejuaraan domestik Barcelona musim ini selepas menewaskan Real di final Piala Raja Sepanyol dan Piala Super Sepanyol sekali gus menjadikan empat kemenangan berturut-turut ke atas seteru utama itu sepanjang musim ini.

“Kami hanya mahu peminat bangga dengan pasukan. Kami bekerja keras dan sentiasa berikan segalanya untuk kelab. Musim ini memang luar biasa,” kata Flick.

Bagaimanapun, Barcelona terpaksa akur menamatkan musim ini tanpa gelaran Liga Juara-Juara Eropah selepas disingkirkan Inter Milan di separuh akhir, namun pencapaian musim ini kekal antara yang terbaik sejak era kegemilangan terakhir mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI