fbpx

Isu bajet jika trak ganti bas bawa anggota FRU – Razarudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti langkah penambahbaikan berhubung kenderaan pasukan secara konvoi bagi menjamin keselamatan anggota sewaktu bertugas.

Perkara itu ditegaskan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain susulan tragedi sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam nahas di Jalan Chikus–Sungai Lampam di Teluk Intan, Perak, semalam.

Menurut Razarudin, perbincangan akan diadakan dengan pimpinan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

“Isu ini bukan sahaja melibatkan FRU kerana elemen polis yang lain di bawah KDNKA juga menggunakan trak seumpama itu untuk mengangkut anggota termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Antara sedang dikaji termasuk penambahan sistem yang lebih baik bagi melindungi penumpang dalam trak, namun trak ini mempunyai bangku panjang yang mungkin serasi atau tidak untuk sistem itu,” katanya hari ini.

Beliau berkata, penggunaan bas turut dipertimbangkan untuk membawa anggota bagi perjalanan antara kem dan lokasi operasi.

Bagaimanapun, katanya, terdapat isu bajet yang dikenal pasti kerana memerlukan lebih daripada satu bas untuk mengangkut anggota.

“Langkah lain sedang kami pertimbangkan dan menunjukkan potensi ialah memastikan konvoi dikawal oleh kereta peronda polis antara lokasi. Maksudnya kereta peronda akan mengiringi konvoi dan akan menyerahkan tugas pengiring kepada kereta peronda lain apabila merentas sempadan negeri,” jelasnya.

Razarudin berkata, sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas perbincangan diadakan dengan KDNKA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI