fbpx

Nahas FRU: Muhamad Akmal disemadikan penuh istiadat di kampung mentua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Muhamad Akmal dikebumikan pada pukul 7 pagi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Mubarak Kampung Teluk Pial di Kuala Kurau hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS/ KOSMO!

PARIT BUNTAR – Jenazah Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35, yang terkorban dalam nahas jalan raya membabitkan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan lori membawa batu semalam disemadikan dengan penuh istiadat polis di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Mubarak, Kampung Teluk Pial, Kuala Kurau di sini pagi ini.

Jenazah tiba di rumah mentuanya di kampung tersebut kira-kira pukul 6.15 pagi sebelum mula dikebumikan pada pukul 7 pagi dengan kehadiran lebih 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk setempat.

Sementara itu, bapa mentua Allahyarham, Mohd. Hadzri Napiah, 79, berkata, keputusan mengebumikan jenazah di Kampung Teluk Pial dibuat selepas perbincangan bersama besannya.

“Walaupun arwah berasal dari Kelantan, kami sekeluarga dan besan sepakat untuk mengebumikannya di sini demi memudahkan urusan serta ziarah keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Katanya, keluarga di Kelantan juga menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Mengimbas pertemuan terakhir, Mohd. Hadzri berkata, Allahyarham sempat pulang beraya pada Aidilfitri lalu sebelum kembali ke Ipoh kerana tugasan.

“Dia ada maklum akan pulang ke Kelantan sempena Aidiladha nanti, tapi tak sangka itulah kali terakhir kami bertemu,” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu berserta dua orang anak, lelaki dan perempuan berumur 6 dan 2 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI