fbpx

Malaysia-Russia perkukuh teknologi termasuk bidang AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertemuan antara Anwar dan Putin di salah sebuah hotel terkenal di Moscow, Russia hari ini. FOTO - PMO

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala bersama Russia, termasuk dalam bidang teknologi, keselamatan makanan, tenaga, pertahanan dan kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri dalam satu sidang akhbar bersama Presiden Russia, Vladimir Putin menyatakan bahawa hubungan antara kedua-dua negara adalah baik, namun masih banyak potensi pelaburan dan kerjasama yang boleh diterokai.

“Kami telah mengadakan perbincangan menyeluruh dengan Presiden dan pasukannya, meliputi pelbagai aspek termasuk pendidikan, keselamatan makanan, teknologi siber, tenaga dan pertahanan,” katanya pada sidang akhbar selepas perbincangan bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Moscow hari ini yang disiarkan secara langsung.

Perdana Menteri turut menyentuh mengenai keperluan mempercepatkan tindakan susulan melalui Suruhanjaya Bersama dan jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan, khususnya dalam sektor minyak, gas dan petrokimia.

“Saya juga menghargai sokongan Russia dalam aspek latihan aeroangkasa, sains teknologi dan inovasi (STI), pendidikan teknikal dan vokasional (TVET), serta AI digital. Russia melihat Malaysia sebagai rakan yang boleh dipercayai,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI