PETALING JAYA – Jenama konfeksi popular yang digemari ramai telah melancarkan produk terbaharunya iaitu Kinder Schoko-Bon Crispy sejak bulan lepas bertujuan untuk mempelbagaikan lagi pilihan barangan kepada peminat di negara ini.
Wakil Kinder Schoko-Bons Crispy, Fabian Heymer berkata, produk bersaiz bujur dengan saiz gigitan itu menampilkan biskut wafer bercoklat susu yang rangup ditambah dengan taburan koko yang lazat bakal memberi kepuasan kepada peminat makanan tersebut yang boleh dinikmati bersama orang tersayang dan juga keluarga.
“Apabila digigit, ia membuka inti berkrim susu dan koko yang sungguh sedap. Gabungan unik tekstur dan rasa ini juga akan membawa ibu bapa serta anak-anak dalam satu pengembaraan rasa yang menyeronokkan, sambil meneroka pelbagai lapisan keenakan dalam setiap gigitan.
“Ia juga dicipta untuk keluarga yang menghargai keindahan kesederhanaan dalam kehidupan dan detik berkualiti bersama anak-anak jadi Kinder Schoko-Bons Crispy bukan sekadar snek, tetapi peluang untuk berkongsi senyuman dan mencipta kenangan indah.
“Kami memahami betapa ibu bapa menghargai dan mengutamakan masa berkualiti bersama anak-anak mereka. Oleh itu, kami teruja untuk memperkenalkan Kinder Schoko-Bons Crispy untuk mencipta detik-detik istimewa dalam kehidupan seharian mereka,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.
Heymer menerangkan, pihaknya berharap produk terbaharu bakal mencetus minat dan keterujaan buat keluarga dan ibu bapa untuk mencipta lebih banyak memori indah bersama anak-anak mereka sambil menikmati snek tersebut. -KOSMO! ONLINE