TELUK INTAN – Seorang lagi anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 Ipoh meninggal dunia menjadikan jumlah mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini hari ini seramai sembilan orang.
Difahamkan, mangsa menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.
Terdahulu, lapan anggota FRU meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi di Hospital Teluk Intan.
Kejadian sekitar pukul 8 pagi itu berlaku ketika tujuh konvoi kenderaan FRU dalam perjalanan pulang ke Ipoh setelah selesai penugasan perayaan Chitrapournami di daerah Hilir Perak.
Difahamkan, trak membawa 18 anggota yang berada pada kedudukan ketiga konvoi itu telah dirempuh secara berdepan oleh lori membawa muatan pasir.
Pemandu lori muatan pasir terselamat dalam kejadian itu. – KOSMO! ONLINE