fbpx

Sarawak, Putrajaya meterai perjanjian membabitkan Petronas-Petros dua hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Johari melakukan simbolik perasmian ICW Borneo 2025 di BCCK, hari ini sambil disaksikan tetamu kehormat lain.

KUCHING – Satu dokumen perjanjian akan ditandatangani antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu membabitkan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dokumen perjanjian itu akan dimeterai antara beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh dua hari akan datang.

“Tunggu sahaja dalam dua hari lagi, akan ada satu dokumen perjanjian antara saya dan Perdana Menteri,” katanya ketika ditemu-bual selepas merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Beliau turut memberi bayangan bahawa antara kandungan perjanjian itu adalah merangkumi pengiktirafan terhadap undang-undang persekutuan dan negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI