KYIV – Sekeping gambar Volodymyr Zelensky tular di laman sosial apabila Presiden Ukraine itu dilihat seperti memakai seluar dalam keadaan terbalik, lapor portal berita MailOnline semalam.
Gambar dikongsikan di laman sosial menunjukkan Zelensky berdiri di samping isterinya, Olena Zelenska ketika meraikan ketibaan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron di Kyiv, Sabtu lalu.
Pengguna media sosial percaya bahawa Zelensky memakai seluar terbalik apabila zip seluar dilihat berada di bahagian belakang.
“Zelensky memakai seluar terbalik,” tulis keterangan pada hantaran yang dimuat naik di platform X.
Ia mengundang perhatian pengguna media sosial dengan ramai yang berpendapat keadaan itu adalah lucu.
“Mungkin beliau tidak seharusnya memakai sut,” kata seorang netizen, merujuk kepada gaya pemakaian pemimpin tersebut yang kerap memakai baju-T dan seluar biasa.
Di sebalik spekulasi tersebut, perkara itu bagaimanapun belum disahkan. – AGENSI