fbpx

Ancelotti jurulatih baharu Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANCELOTTI dikatakan mempunyai kredibiliti untuk memastikan Brazil kembali ke zaman kegemilangan mereka selepas ini. - AFP

MADRID – Carlo Ancelotti sah dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Brazil dan akan memulakan tugas rasmi pada 26 Mei ini sejurus tamat musim La Liga bersama Real Madrid.

Perkara itu diumumkan Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) semalam mengesahkan spekulasi berbulan-bulan mengenai masa depan pengendali berusia 65 tahun itu yang kini dalam musim terakhirnya bersama Real.

Brazil menjadi destinasi baharu Ancelotti selepas musim mengecewakan di Santiago Bernabeu apabila Real tersingkir di suku akhir Liga Juara-Juara Eropajh, tewas final Piala Raja Sepanyol serta gagal mempertahankan kejuaraan La Liga susulan kekalahan dramatik 3-4 kepada Barcelona dalam El Clasico, Ahad lalu.

“Melantik Ancelotti bukan hanya strategi, tetapi mesej jelas bahawa kami mahu kembalikan Brazil ke puncak dunia.

“Beliau jurulatih terbaik dalam sejarah dan kini memimpin pasukan paling berjaya dalam bola sepak. Bersama, kami akan tulis sejarah baharu,” kata Presiden CBF, Ednaldo Rodrigues.

Menurut laporan, Ancelotti akan menerima gaji sekitar €177,500 (RM856,947) seminggu, lebih dua kali ganda berbanding gaji jurulatih sebelum ini dan bonus €5 juta (RM24 juta) jika Brazil menjuarai Piala Dunia 2026.

Perlawanan pertama Ancelotti bersama Brazil menentang Ecuador pada 6 Jun ini dengan skuad yang diketuai Casemiro dan kini dalam misi bangkit selepas 22 tahun gagal ke final Piala Dunia serta hanya menang sekali dalam enam edisi terakhir Copa America.

Real belum mengumumkan pengganti rasmi, namun dikatakan rundingan bersama Xabi Alonso sedang dimuktamadkan selepas beliau meninggalkan Bayer Leverkusen hujung musim ini sekali gus dijangka kembali ke Madrid sebagai pengendali utama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI