fbpx

Jururawat sibuk ‘bergosip’ hingga abaikan pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa jururawat dilihat sibuk berbual dan makan di wilayah Riau semalam. - TikTok

JAKARTA – Sekumpulan jururawat sebuah hospital di wilayah Riau menerima kecaman orang ramai kerana sibuk berbual sehingga mengabaikan pesakit yang memerlukan bantuan, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Arifin Achmad semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @jelita3959 menunjukkan sekumpulan jururawat duduk beramai-ramai sambil makan di sebuah kaunter. 

Mereka dilihat sibuk berbual dan tidak membantu seorang pesakit yang baru tiba. 

Lebih mengejutkan, pesakit itu terpaksa turun daripada pengusung dengan sendiri. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 2.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Mereka semua perlu dipecat!” kata seorang netizen. 

“Malu dengan Malaysia. Layanan daripada doktor dan jururawat di sana sangat baik,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI